Teknik Pembelajaran Prinsip Perakaunan

Wujudkan Koleksi Q&A Prinsip Perakaunan Peribadi

Ketika kita membuat soalan latihan ataupun membuat ulangkaji Prinsip Perakaunan, seringkali kita terjumpa soalan-soalan yang sukar tetapi selalu muncul sama ada di buku rujukan, buku latihan, kertas ramalan mahupun kertas model SPM. Jadi, ini menimbulkan satu persoalan: jika soalan-soalan ini diuji dalam peperiksaan percubaan atau peperiksaan SPM, adakah kita akan dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul?

Cikgu Tim pun pernah menghadapi¬†persoalan semasa membuat persediaan untuk menduduki kertas Prinsip Perakaunan dulu. Cikgu Tim sedar bahawa soalan-soalan sebegini adalah sangat banyak dan perlu selalu diulangkaji soalan-soalan ini supaya betul-betul menguasai dan ‘perform’ ketika peperiksaan. Maka, untuk memudahkan ulangkaji, soalan-soalan ini perlulah dikumpulkan di satu tempat sahaja. Akhirnya, lahirlah idea untuk menghasilkan Koleksi Q&A Prinsip Perakaunan.

Apakah itu Koleksi Q&A Prinsip Perakaunan?

Koleksi Q&A Prinsip Perakaunan merupakan satu buku khas yang diwujudkan untuk mengumpul semua soalan sukar dan soalan sederhana Prinsip Perakaunan (kertas 1 dan kertas 2), sama ada soalan teori ataupun soalan pengiraan. Setiap soalan dalam koleksi tersebut mesti disertakan jawapan yang betul. Selain itu, untuk meningkatkan kebergunaan koleksi ini, pelajar bolehlah menambah nota-nota ringkas bagi soalan-soalan untuk meningkatkan lagi keberkesanan ulangkaji nanti.

Isi kandungan dalam buku koleksi Q&A Prinsip Perakaunan perlulah sentiasa dikemaskini, iaitu dengan menambahkan soalan-soalan baru dan perlulah selalu diulangkaji dari masa ke masa.

Berikut merupakan contoh Kolekasi Q&A bagi soalan kertas 1 yang disediakan oleh Cikgu Tim:

 


Kolekasi Q&A ini boleh disediakan dalam beberapa cara:

  • Menaip dengan PowerPoint (seperti contoh di atas);
  • Menyalin semula soalan dan jawapan ke dalam buku;
  • Menggunting dan melekat soalan dan jawapannya ke dalam buku.

Variasi Koleksi Q&A Prinsip Perakaunan

Buku koleksi Q&A selain boleh digunakan untuk mengumpul soalan yang sukar, buku ini juga boleh digunakan untuk mengumpul soalan-soalan yang salah dijawab, soalan-soalan KBAT, dan sebagainya. Ini adalah berdasarkan keperluan dan kreativiti masing-masing.

Mengoptimumkan Penggunaan Koleksi Q&A Prinsip Perakaunan

Jika anda mempunyai rakan lain yang juga menyediakan koleksi Q&A, anda bolehlah saling menukar buku koleksi  untuk memperkaya kandungan koleksi masing-masing.

Anda juga boleh meminta pandangan guru Prinsip Perakaunan anda untuk menyemak koleksi Q&A yang anda sediakan untuk memastikan jawapan bagi setiap soalan adalah betul dan tepat.

 

Pendek kata, sememangnya untuk mewujudkan buku koleksi Q&A Prinsip Perakaunan ini mengambil masa dan memerlukan kesabaran, akan tetapi, hasilnya adalah cukup memuaskan ketika kita membuat ulangkaji menjelang musim ujian atau musim peperiksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *