Teknik Menjawab Prinsip Perakaunan

Tips Mudah Menangani Masalah Tidak Cukup Masa Untuk Menjawab Soalan-soalan Bagi Kertas 2 Prinsip Perakaunan

Setiap soalan yang dikemukakan dalam kertas 2 Prinsip Perakaunan (3756/2) sebenarnya mempunyai had masa maksimum yang diperuntukkan kepada calon untuk menyediakan jawapannya. Had masa maksimum bagi setiap soalan perlu dipatuhi oleh calon dan kegagalan untuk mematahui had masa maksimum akan mengakibatkan calon tidak sempat menjawab bilangan soalan yang mencukupi, iaitu 3 soalan daripada Bahagian A dan 2 soalan daripada Bahagian B.

Had masa maksimum bagi setiap soalan sememangnya tidak dinyatakan dalam kertas soalan, akan tetapi, had masa maksimum bagi setiap soalan dapat dihitung dengan formula berikut:

rumus kira had masa maksimum

Hasil pengiraan adalah dalam unit minit.

Harus diingatkan bahawa pengiraan had masa maksimum ini hanyalah anggaran masa, malahan pada hakikatnya ia adalah fleksibel mengikut kemampuan calon.

Andaikan seorang calon Prinsip Perakaunan menjawab soalan-soalan berikut:

  • Soalan 1 = 10 markah
  • Soalan 2 = 25 markah
  • Soalan 3 = 25 markah
  • Soalan 4 = 20 markah
  • Soalan 6 = 20 markah

Maka, pengiraan had masa maksimum bagi setiap soalan yang akan dijawabnya adalah:

pengiraan had masa maksimum
Berdasarkan hasil pengiraan di atas, had masa maksimum untuk menjawab soalan 1 adalah selama 15 minit, soalan 2 dan soalan 3 adalah 37.5 minit masing-masing manakala soalan 4 dan soalan 6 adalah selama 30 minit masing-masing.

Ini bermakna ketika calon berkenaan menjawab soalan 2, maka dia hendaklah menyediakan jawapan yang lengkap bagi soalan 2 dalam masa 37.5 minit; jika dia berjaya menyediakan jawapan lengkap dalam masa kurang daripada 37.5 minit, maka dia akan mempunyai masa ekstra untuk menjawab soalan-soalan lain; sebaliknya, jika dia masih belum dapat menyediakan jawapan lengkap dalam tempoh masa 37.5 minit, maka dia adalah dinasihatkan agar berhenti menjawab berkenaan dan mula menjawab soalan berikutnya.

Begitulah konsep had masa maksimum kertas 2 Prinsip Perakaunan.

Untuk menggunakan konsep had masa maksimum ini secara optimum, di sini Cikgu Tim mengkongsikan satu tips lagi yang digunakan oleh Cikgu Tim ketika menjawab soalan prinsip perakaunan (belasan tahun sudah lamaynya, ha ha, tapi tips ini masih lagi berguna pada masa kini :P).

Sebelum itu, lihatlah dulu cara penggunaan had masa maksimum Cikgu Tim di bawah:

carta alir had masa maksimum

Katakan calon A menjawab semua soalan bahagian A dan soalan 5 dan 6 daripada Bahagian B:

contoh carta

Andaikan masa menjawab kertas 2 Prinsip Perakaunan tersebut dimulakan pada pukul 2pm, maka masa tamat menjawab setiap soalan adalah seperti berikut:

masa tamat jawab ikut konsep had masa maksimum

Penggunaan jam tangan adalah perlu supaya calon dapat senantiasa memantau masa menjawab masing-masing dan memastikan agar tidak melebihi masa tamat menjawab setiap soalan.

Semoga tips Cikgu Tim sedikit sebanyak dapat membantu calon menghadapi kertas 2 Prinsip Perakaunan dengan lebih yakin. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *