Teknik Pembelajaran Prinsip Perakaunan, Uncategorized

Teknik Alternatif Untuk Menghafal Format Akaun Pengasingan Untung Rugi dan Akaun Semasa Pekongsi bagi Perakaunan Perkongsian

Antara cabaran untuk mempelajari Prinsip Perakaunan adalah menghafal berbagai-bagai jenis format akaun. Di antara banyak-banyak format akaun, murid sering kali menghadapi masalah ataupun berasa keliru untuk mengingat format Akaun Pengasingan Untung Rugi dan Akaun Semasa pekongsi.

Dalam post ini, cikgu ingin mengkongsikan satu cara baru yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja mengingat format kedua-dua akaun tersebut, iaitu Teknik OBB dan BBO. Cikgu sendiri menggunakan teknik ini bersama-sama dengan murid Prinsip Perakaunan di dalam bilik darjah.

Sila ikuti video di bawah:

 

Intipati Teknik OBB dan BBO

  • Kita mengkategorikan semua butiran dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi dan dalam Akaun Semasa pekongsi kepada 2 kategori besar, iaitu OBB (pekongsi membayar kepada perkongsian) dan BBO (perkongsian membayar kepada pekongsi).
  • OBB merupakan hasil kepada perkongsian, termasuklah Ambilan, Faedah Atas Ambilan, dan Kongsi Rugi.
  • BBO merupakan belanja kepada perkongsian, antaranya Faedah Atas Modal, Gaji Pekongsi, Bonus Pekongsi, dan Kongsi Untung.
  • Dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi, BBO diletakkan di sebelah debit (belanja) manakala OBB diletakkan di sebelah kredit (hasil).
  • Dalam Akaun Semasa pekongsi pula, OBB diletakkan di sebelah debit manakala BBO diletakkan di sebelah kredit.

==>Muat turun nota

Untuk penerangan yang lebih jelas, sila tonton video di atas. Anda juga boleh muat turun PowerPoint yang disediakan di atas.

Teknik OBB dan BBO ini hanyalah satu kaedah alternatif untuk membantu murid mengingat format dengan lebih mudah. Semoga teknik ini dapat memanfaatkan para murid dalam pembelajaran topik perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *