Lepasan SPM

Permohonan Sijil LCCI bagi Lepas SPM 2017

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2017 yang telah memperoleh keputusan cemerlang, khasnya kepada mereka yang menduduki kertas Prinsip Perakaunan.

Seperti biasa, calon-calon Prinsip Perakaunan ketika menerima slip keputusan, sila semak bahagian bawah slip anda untuk melihat kelayakan untuk memohon Sijil LCCI Book Keeping Level 2. Lihat contoh slip di bawah:

(Contoh slip dipetik daripada blog Cikgu Sila)

Berdasarkan contoh slip di atas, highlight berwarna biru merupakan kelayakan memohon sijil LCCI. Kod kelayakan 3756 (LCCI) – 1, 3756 (LCCI) – 2 dan 3756 (LCCI) – 3 diberikan kepada calon yang cemerlang dalam kedua-dua kertas Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris 1119. Kod 3756 (LCCI) – 4, 3756 (LCCI) -5 dan 3756 (LCCI) – 6 pula diberikan kepada calon yang cemerlang dalam Prinsip Perakaunan tetapi ada kekurangan sedikit dalam Bahasa Inggeris 1119.

Jika dalam slip anda tiada kod kelayakan itu, bermakna anda tidak layak memohon sijil itu.

Bagi yang layak, anda boleh mendapatkan borang permohonan daripada guru akaun masing-masing atau muat turun borang permohonan dengan klik pada tulisan biru di sini.

Ataupun, anda juga boleh memohon secara atas talian di laman rasmi LCCI Asia:

 

Klik sini untuk memohon secara atas talian.

Untuk mengemukakan permohonan, anda perlulah menyediakan salinan kad pengenalan dan salinan slip SPM 2017 yang telah disahkan benar oleh pengetua. Selain itu, anda perlu juga menyediakan yuran permohonan sebanyak RM26.50 (belum campur processing fee).

Bagi lepasan SPM sebelum tahun 2017, anda masih boleh memohon sijil ini sekiranya layak. Klik sini untuk muat turun borang permohonan. Yuran permohonan yang dikenakan adalah sebanyak RM120 (sebelumc ampur processing fee).

Sekian, harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *