LCCI

Kebaikan Sijil LCCI Kepada Lepasan SPM Yang Cemerlang Dalam Prinsip Perakaunan

Apakah LCCI?
London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) International Qualifications merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dengan bidang perniagaan. Sejak tahun 1881, pengiktirafan LCCI telah banyak membantu para pelajar mencapai kejayaan dalam dunia pekerjaan. Dalam pasaran alam pekerjaan yang penuh saingan, kemahiran vokasional LCCImerupakan kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa dan kecekapan di dalam industri yang berkaitan.
Setiap tahun, jumlah pendaftaran LCCI melebihi 500,000. Para pelajar dari 125 buah Negara telah menggunakan kelulusan LCCI sebagai peningkatan kemahiran mereka di dalam alam pekerjaan. Oleh kerana kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri, semakin ramai graduan LCCI untuk memasuki universiti dan badan professional.
LCCI mempunyai pelajar di seluruh Asia melebihi 24 buah Negara dan terkemuka terutama di Singapora, Malaysia dan Hong Kong. Peperiksaan LCCI telah dijalankan di Malaysia lebih daripada 70 tahun dan pelajar dari satu generasi ke generasi telah mencapai kejayaan di dalam kerjaya dengan kelulusan kewangan LCCI.

Apakah Projek Dua Pensijilan SPM?

LCCI cert1
Projek Dua Pensijilan SPM merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan LCCI International Qualifications untuk menganugerahkan pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang layak menerima sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’ dari LCCI International Qualifications.
Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan akademik pelajar serta menaikkan daya saing mereka dengan kehendak dunia pekerjaan. Pelajar yang mempunyai sijil ini berserta dengan kemahiran tertentu, sudah pasti mempunyai peluang pekerjaan yang cerah.

Siapakah yang Layak Memohon Sijil LCCI?
Semua pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang memperolehi gred 6C dank e atas akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)’.
Selain itu, pelajar yang memperolehi gred 6C dan ke atas bagi SPM Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris 1119 akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’.

contoh slip SPM LCCI

Kelayakan untuk memohon sijil LCCI tertera pada bahagian bawah kiri slip keputusan SPM, seperti yang ditunjukkan di atas.

Apakah kebaikan memperolehi sijil LCCI?
Sijil LCCI memberikan beberapa kebaikan seperti berikut:
• PENGIKTIRAFAN – LCCI dikenali oleh semua syarikat di Malaysia, tidak kira syarikat yang kecil mahupun yang besar, disebabkan ciri-ciri praktikalnya yang berkaitan dengan kehendak pasaran.
• ANTARABANGSA – Kualiti LCCI adalah konsisten di seluruh dunia serta member jaminan kepada para pelajar bahawa ia boleh digunakan di peringkat antarabangsa.
• FLEKSIBEL – LCCI bersesuaian bagi pelajar sepenuh masa mahupun orang dewasa yang sibuk dengan kerjaya kerana ia merupakan kelulusan yang boleh dilakukan dalam modul jangka pendek untuk digabungkan sebagai ijazah Diploma dalam tempoh masa yang diberi.

Bagaimana Saya Boleh Memperolehi Sijil LCCI?
Pelajar boleh memohon sijil ini melalui beberapa cara yang berikut:
a. Memohon secara terus dengan sekolah anda dalam tempoh masa 1 bulan dari tarikh keputusan SPM diumumkan.
b. Memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos dengan pejabat LCCI International Qualifications Malaysia.
c. Memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos dengan Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications; 
LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn. Bhd.
Suite 10.01, 10th Floor, Menara Yayasan Selangor, 18A, Persiaran Barat 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Prosedur Permohonan:

LCCI SPMDC 2014 application form rev_1
Klik gambar di atas untuk muat turun borang

a. Lengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di semua sekolah, pejabat LCCI Malaysia, laman web (www.lcciasia.com) dan pusat latihan yang dilantik oleh LCCI.
b. Sertakan salinan keputusan SPM yang telah disahkan benar.
c. Sertakan salinan kad pengenalan yang telah disahkan benar.
d. Bayaran kos pentadbiran sebanyak RM26.50 dikenakan untuk setiap sijil LCCI. (Jika anda ingin sijil anda diposkan, sila kepilkan bersama sampul surat Pos Ekspress beralamat sendiri yang bernilai RM4.00).

Permohonan Secara Online Bagi SPM 2014

  • Tarikh mula permohonan: 4 Mac 2015
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2015

Untuk makluman semua, pihak LCCI telah memaklumkan permohonan sijil secara atas talian DITUTUP. Semua pemohon dikehendaki mendapatkan borang permohonan, isi dan kirim ke alamat yang dinyatakan dalam borang bersama dengan yuran permohonan RM26.50.

Permohonan Sijil LCCI Bagi Lepasan SPM 2008 – SPM 2013:

  1. Muat turun borang permohonan dengan klik sini;
  2. Lengkapkan borang, sertakan salinan kad pengenalan dan slip keputusan SPM (yang telah disahkan benar);
  3. Kirim borang dan semua dokumen yang diperlukan ke alamat yang tertera dalam borang permohonan;
  4. Yuran adalah sebanyak RM107. Cara pembayaran ada diterangkan dalam permohonan.

 

(Artikel dipetik dan diubahsuai daripada Blog Cikgu Sila: www.cikgusila.com)

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *