Ke Arah 1.00

Pada 12 Januari 2009, saya ditempatkan ke SMK St Peter Bundu, Kuala Penyu, Sabah sebagai guru Bahasa Cina (first posting). Saya mula diberikan amanah untuk mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan tingkatan 4 pada tahun 2010. Kelas tingkatan 5 pada tahun 2011 merupakan kelas SPM pertama dalam sejarah pendidikan saya.

Gambar di atas merupakan rekod prestasi Prinsip Perakaunan saya dari 2011 sehingga 2017. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk temberang, tetapi sebagai satu motivasi bagi saya untuk mengekalkan momentum untuk terus mencapai prestasi yang lebih baik dari tahun ke tahun yang akan datang.

Mulai tahun 2018, saya sendiri telah menetapkan sasaran 5 tahun. Dalam masa 5 tahun (2018 – 2022), saya akan berusaha gigih untuk mencapai gred purata 1.00 dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Saya sedar bahawa ini bukanlah mudah, tetapi apa salahnya tetapkan satu sasaran yang mencabar supaya terus berusaha.

Apakah usaha / intervensi berkesan yang telah dilakukan selama ini?

  • Penggunaan buku latihan yang berkualiti tinggi – Ini merupakan faktor yang paling penting, pada pandangan saya. Soalan-soalan mestilah disusun daripada yang mudah kepada yang KBAT; jawapan yang disediakan mestilah tepat dan jitu serta jelas.
  • Berikan jawapan lengkap kepada murid – Ya, ketika saya edarkan soalan latihan, saya turut mengedarkan jawapan lengkap; bukan menggalakkan murid untuk menyalin jawapan, tetapi untuk membantu murid menyemak kualiti jawapan sendiri dan memberikan kepastian kepada murid untuk soalan-soalan yang sukar.
  • Perkampungan Prinsip Perakaunan – Sesi pembelajaran secara intensif diadakan untuk membantu calon menguasai bahagian / topik yang masih lemah. Dijalankan secara santai (tidak formal) supaya tahap stress tidak memuncak dan membolehkan murid belajar dengan hati yang tenang mengikut pace masing-masing.
  • Fokus kepada individu – Guru perlu mengetahui tahap penguasaan murid dengan jelas dan bersedia memberikan bimbingan secara 1 to 1. Masalah dan kelebihan setiap individu tidaklah sama, jadi kalau guna cara pengajaran one size fit all, memanglah kurang bijak kerana ia menunjukakn 1 masalah pada guru sendiri, iaitu malas melayan keperluan individu yang berbeza-beza.

Intervensi tidak perlulah banyak-banyak ataupun canggih-canggih, yang penting murid dapat menerima dengan baik dan memberikan impak yang positif kepada murid.