About Me

Hi, salam sejahtera kepada rakan-rakan guru yang dihormati dan juga pelajar-pelajar Prinsip Perakauna  yang dikasihi sekalian. Salam Satu Prinsip Perakaunan. 😀

Nama penuh cikgu ialah TIM KEN KIAT, nama panggilan THOMAS TIM, di sekolah pula, rakan-rakan setugas dan pelajar-pelajar lebih gemar menganali cikgu sebagai Cikgu Tim.

Cikgu berasal dari Sandakan, Sabah. Pernah menerima pendidikan sekolah menengah di SM Sung Siew (Tingkatan Peralihan – Tingkatan 5) dan, sambung Tingkatan 6 di SMK St Mary. Selepas tamat pengajian di tingkatan 6, cikgu melanjutkan pelajaran Pengurusan Dengan Pendidikan (Perakaunan) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sekolah pertama cikgu ialah SMK St Peter Bundu, Kuala Penyu, Sabah. Cikgu mula mengajar subjek Prinsip Perakaunan bermula tahun 2010 sehingga sekarang. Selain akaun, cikgu turut diberikan amanah untuk mengajar Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

Cikgu mula belajar blogging seawal tahun 2009, mula bergiat aktif dalam bidag blogging bermula pada 2012. Blog peribadi cikgu pertama dilahirkan juga pada tahun 2012, iaitu CIKGUTIM.COM. Sekitar bulan Ogos 2013, cikgu sendiri telah memulakan gerakan ACT, iaitu Akademi Cikgu Tim, iaitu himpunan aktiviti untuk menghasilkan pelbagai bahan pembeljaran akaun dan pengkongsian ilmu dan kemahiran akaun ke seluruh Malaysia melalui blog dan Facebook.

Pada bulan Mac 2014, cikgu melancarkan Blog Kerja Kursus Prinsip Perakaunan yang bertujuan untuk membimbing pelajar dalam penggunaan Microsoft Excel dan juga pelbagai aspek penyediaan folio tugasan projek. Pada bulan Mei 2014, satu lagi blog focus SPM Prinsip Perakaunan dilancarkan. iaitu PRINSIPPERAKAUNAN.COM, iaitu blog sedang anda baca sekarang ini.

Namun demikian, kos untuk meneruskan ketiga-tiga blog semakin meningkat sejak beberapa bulan ini, maka, Cikgu Tim telah membuat keputusan untuk menggabungkan ketiga-tiga blog tersebut ke dalam satu blog sahaja, iaitu AkademiCikguTim.com, iaitu blog yang sedang anda baca sekarang. 🙂

Setelah pelajar menerima pengajaran perakaunan di kelas, pelajar sebenarnya memerlukan bimbingan daripada guru akaun untuk membuat latihan atau mengulangkaji di rumah atau di asrama. Mereka tidak memerlukan nota atau contoh soalan, pada hakikatnya; sebaliknya, mereka lebih gemar melihat bagaimana soalan-soalan akaun diselesaikan dan buat bersama-sama secara hands-on. Mereka juga memerlukan satu platform untuk berbincang atau bertanyakan soalan yang mereka berasa ragu-ragu. Inilah yang mencetuskan idea pembangunan Akademi Cikgu Tim.

Kemunculan teknologi broandband, Wi-Fi, smartphone, dan tab, akses kepada internet boleh dikatakan ada di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, penggunaan Facebook dan Youtube adalah begitu digemari oleh pelajar masa kini, jadi kenapa pula kita tidak mencuba pengajaran atau bimbingan secara atas talian yang menggunakan kuasa media social yang cukup popular ini?

Akhir kata, semoga sedikit usaha daripada cikgu sendiri sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru dan juga pelajar-pelajar sekalian. Sekiranya menghadapi masalah atau memerlukan teman berbincang tentang Prinsip Perakaunan, silalah berhubung denagn cikgu melalui:

 

4 Comments

    1. As for me, science students will have time constraint in hadling all science subjects and accounting. My advice is that, set up a revision schedule at home and set targets as for what toa chieve within every week. For example, week 1 have to get through catatan bergu, following week buku tunai, and going on and on…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *